Tuesday, 3 September 2013

Refuting Rafizi Ramli, Suatu Ulasan

Merujuk kepada post terbaharu Rafizi Ramli di sini, saya ingin memberikan sedikit ulasan di atas perkara yang telah dibangkitkan.

1. Laporan Fitch yang menuruntarafkan prospek ekonomi negara menjadi negatif, iaitu kali pertama ia berlaku dalam sejarah negara melihatkan kadar keberhutangan negara yang semakin tinggi tanpa ada jalan penyelesaian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak

Fitch menurunkan “outlook” Malaysia daripada “stable” kepada “negative” buat pertama kali sejak November 2004. Sila rujuk http://www.tradingeconomics.com/malaysia/government-debt-to-gdp untuk melihat kadar hutang negara (public debt to GDP ratio) daripada tahun 1990 hingga tahun 2012. Peningkatan hutang yang sangat tinggi daripada tahun 2009 hingga 2010 ialah bagi menampung perbelanjaan dua pakej ransangan ekonomi berjumlah RM67 billion.

Umum mengetahui bahawa pada tahun 2009-2010, telah berlakunya krisis ekonomi subprima di Amerika Syarikat. Eksport Malaysia ke US, EU, Jepun dan sebagainya telah turun secara mendadak. Sekiranya kerajaan tidak melaksanakan pakej ransangan ekonomi tersebut, berkemungkinan besar Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi dalam jangkamasa yang lebih panjang. 

2. Matawang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas

Dalam masa sebulan yang lepas, khabar angin bertiup kencang mengenai pengurangan (tapering) jumlah program Quantitative Easing 3 (QE3). Ramai yang menjangkakan Federal Reserve akan mengurangkan proses QE3, bermula daripada pertengahan bulan September. Berikutan daripada itu, ramai pelabur-pelabur asing yang mula menarik duit mereka daripada “emerging economies”, dan kembali ke Amerika Syarikat.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terkena tempiasnya. Thailand, India, Indonesia, Brazil, Turkey dan sebagainya turut mendapat impak yang sama. Apabila begitu banyak “hot money” keluar daripada pasaran saham dan bon Malaysia, Ringgit Malaysia jatuh. Jadi tidak perlulah mempersalahkan kerajaan dalam hal penurunan nilai Ringgit. :)

3. Pertumbuhan ekonomi yang tidak mencapai sasaran sejak 15 tahun berturut-turut

Tidaklah dapat saya simpulkan, sasaran yang mana satukah yang dirujuk oleh saudara Rafizi Ramli.

4. Keberhutangan kerajaan yang melampau sehingga menjejaskan masa depan kewangan negara

Setiap tahun, sejak daripada tahun 1998, Malaysia mencatatkan defisit dalam belanjawan negara. Memang sewajarnya kerajaan cuba untuk mendapatkan “surplus” pada tahun-tahun yang ekonominya agak memberansangkan. Namun, perlu diingat bahawa saban tahun defisit belanjawan hanyalah digunakan untuk menampung pembelanjaan pembangunan (development expenditure untuk membina jalan raya, hospital, sekolah dll).

Ini adalah kerana, duit hasil cukai (individual, firms, Petronas) adalah mencukupi untuk menampung “operating expenditure”. (Operating expenditure merujuk kepada perbelanjaan operasi harian kerajaan, seperti gaji pekerja, membeli peralatan pejabat kerajaan dll). Kalau nak dikatakan kerajaan berhutang secara melampau, tidak juga. Tetapi masih ada ruang untuk kerajaan memperbaiki rekod defisit belanjawan tersebut. 

3. Daya saing ekonomi negara yang semakin malap kerana dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan rasuah, penyelewengan, kurang daya kreativiti dan tiada tambah nilai.

Rasuah? Memang tidak dapat dinafikan. Penyelewengan? Berkemungkinan besar wujud.

Kurang daya kreativiti? heh, tiada fakta nak diberikan ke?

Tiada tambah nilai? isi tidak jelas, saya tidak faham apa yang Rafizi cuba sampaikan di sini.

4. Subsidi untuk IPP

Bersetuju dengan Rafizi, namun saya belum sempat mengesahkan data-data yang diberikan oleh beliau. 

5. Rakyat golongan sederhana dan miskin paling terkesan dengan kenaikan harga minyak

Tidaklah saya ketahui MIER manakah yang dirujuk oleh saudara Rafizi Ramli. Sila rujuk http://www.mier.org.my/presentations/archives/pdf-restore/presentations/archives/pdf/27NEBSubsidy.pdf

Lihat pada muka surat ke 30 dan 31. Secara purata, rakyat Malaysia mahupun di bandar atau di kota hanya membelanjakan dalam 10% daripada gaji untuk minyak. Dan menurut MIER, golongan yang kaya berbelanja lebih banyak untuk minyak kenderaan. Saudara Rafizi, sila jelaskan, dimana sumbermu?

6. Bantuan BR1M tidak memadai dengan kenaikan belanja dan tidak menyelesaikan kepincangan ekonomi negara

Malaysia sedang dalam proses untuk bertukar secara beransur-ansur daripada subsidi universal (yang dapat dinikmati semua rakyat Malaysia, samada kaya atau miskin) kepada “targeted subsidy” (yang hanya diberikan kepada golongan tertentu, eg BR1M). Subsidi minyak adalah subsidi yang sangat progresif bentuknya. Golongan kaya menikmati lebih banyak “benefit” berbanding golongan miskin. 


Saya yakin kerajaan Malaysia akan menambahkan jumlah BR1M dalam Bajet 2014 bagi memastikan golongan yang berpendapatan rendah tidak mendapat kesan yang negatif hasil daripada kenaikan harga minyak. 

7. Harga minyak mentah secara puratanya menunjukkan pola penurunan sejak kenaikan minyak kali terakhir (Disember 2010)

Harga minyak naik 5% dalam bulan lepas sahaja, dan harga pada tahun ini adalah 15% lebih tinggi daripada tahun lepas. Statistics can be manipulated to serve your purpose, if you pick the starting point from the peak, off course it would look as if the oil price is declining. 

No comments:

Post a Comment