Thursday, 30 May 2013

Alamat JPN Sentul

Dua hari lepas, aku telah tercicir IC selepas melakukan transaksi EPF di bangunan PNB. Tak tahu lah kemana hilangnya IC tersebut. Nak kata jatuh ditengah jalan, tak logik. Nak kata tertinggal dekat PNB, takde lah pula orang bagi dekat security guard atau apa. Jadi pagi tadi, menapak lah aku ke JPN Sri Rampai untuk membuat IC yang baharu. 

Seusai sampai di sana, tidaklah ada terlalu ramai orang, namun apabila ditanya pada kaunter pertanyaan, gadis di situ menyatakan bahawa kalau dibuat di JPN cawangan Sentul, IC baru boleh disiapkan dalam masa sehari sahaja. Kalau masih nak buat di JPN Sri Rampai, kena tunggu 10 hari bekerja baru siap. Fikir dan fikir, hmmmm okaylah pergi buat dekat Sentul lah. Terus bukak google maps, cari JPN Sentul. 

Sampai kat sana rupa-rupanya Google Maps tu salah. Ada ke patut dia bagi aku alamat kilang kat Segambut mana entah. Pergi check dekat website JPN, ada alamat dia.
Jabatan Pendaftaran Negara,Mini UTC Sentul, Aras 3,  Kompleks Bandar Baru Sentul,55100 Kuala Lumpur. 
Letak dalam Google Maps, tak pulak jumpa. Cari punya cari, tanya sahabat yang tinggal di Sentul, dia cakap tak berapa jauh dari LRT Sentul. Berhenti sekejap di bahu jalan, hisap sebatang rokok, kemudian tanya seorang makcik Tionghua. Oh, dia cakap dekat saja. Pergi straight, belok kiri, then akan nampak bangunan tu, dekat tingkat 3. Cari punya cari, nasib baik lah jumpa jugak. Jadi alamat sebenar JPN Sentul adalah. 
Jalan 3/48A, Sentul
Koordinat GPS +3° 10' 50.99", +101° 41' 50.68" 
Mungkin sebab JPN tu baru bukak, jadi sebab tu la takde lagi dalam Google Maps. Haru lah sesat sejam, urusan cuma 2 minit sahaja. Dan melayang RM110 nak tukar IC baru, sebab denda hilang. Moral of the story, jagalah IC anda dengan berhati-hati.

No comments:

Post a Comment