Saturday, 23 February 2013

Terkadang

Terkadang, tiada apa lagi yang bisa kita inginkan dalam dunia ini, melainkan sesuatu yang tiada bisa kita dapatkan. Kita mungkin seringkali menjadi seorang pria yang lupakan dirinya, asal-usul keturunannya, mahupun agamanya. Atau mungkin jua kita memilih untuk barang melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya, semasak-masaknya. 

Kita hanyalah satu titik yang kecil dalam alam semesta yang luas. Di mata Tuhan, kita mungkin sebenarnya adalah teramat kecil, jika dibandingkan dengan pelbagai perkara yang lain. Dan bila kita mahu berbicara soal Tuhan, harus sekali kita mempersoalkan mengenai keagamaan kita. Apakah agama yang kita anuti ini, satu agama yang benar-benar kita yakini seratus-peratus, yang kita sudah selidiki sewajarnya? Atau apakah sekadar satu agama keturunan, yang kita warisi daripada ibu bapa kita?

Soal agama, tiada mungkin segala perkara boleh diperdebatkan dari segi logika. Kita tiada punya hak untuk memperdebatkan atau meletakkan hukum pada sesuatu yang hitam dan putihnya sudah jelas. Tiada gunanya kita mahu memperdebatkan haram dan halal daging lembu yang tidak disembelih itu, mahupun minuman beralkohol beraneka jenis. 

Perdebatan saintifik mengenai minuman beralkohol, mungkin sekali tercondong kepada hukum Islam, kerana logiknya jelas sekali. Namun apa katamu mengenai perihal daging yang harus disembelih dahulu, baru hukumnya halal? Apakah ada bukti saintifik yang menyokong perihal peraturan Islam? Mungkin tiada.

Justeru, perkara yang sudah terang lagi bersuluh hitam dan putihnya, kita sebagai hamba Allah tiada punya hak untuk memperdebatkannya dari segi logika. Semoga kita semua senantiasa dalam rahmat-Nya. 

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Agama Islam bukan logik akal. Setiap ibadah ada dalil(dalil alquran dan as sunnah). Tanpa dalil benarkah ibadah kita?

    ReplyDelete