Saturday, 17 November 2012

Suria

Andai suria tiada menyeri pagi,
andai bulan tiada muncul lagi,
andai buana hilang segala erti,
ingatlah Tuhan masih gagah berdiri.

Saat rona berputar segala,
rintihan hujan menari berlaga,
saat hati gelisah pawana,
usah gusar solat sahaja. 

Hidup ini bukanlah hanya,
arakian mati, dihidup semula,
dosa pahala dikira segala,
apakah syurga atau neraka?

Lampu neon melerek cahaya,
tiada lampu, lilin bernyawa,
andai buana hilang makna,
ingatlah di sana mungkin berbeda.

Masa kian melarut waktunya,
pengiring setia mencatit segala,
oh manusia apakah kian lupa?
ingatlah Tuhan ada, walau dimana.

Oh dunia, alangkah indah jika,
jikalau dikurnia, segala dipinta,
oh manusia, ingatlah hanya,
ini semua ujian Allah semata.

- Nazri Awang, 6.35pm, 17 November 2012, Desa Pandan.

No comments:

Post a Comment