Thursday, 25 October 2012

Salina

Sedih, pilu, dan amat menusuk hati. Sarat dengan realiti kehidupan yang sukar sekali untuk difahami, seandai kita tidak mengalami. Manusia sememangnya mudah untuk menghukum, kerana kita tidak memahami keterpaksaan sesetengah insan oleh keadaan, kondisi mental mahupun fizikal. Walau hinanya seorang pelacur di mata masyarakat, namun apa yang tersimpan di lubuk hatinya, apakah kita ketahui segalanya? Sungguh, tiada siapa yang wajar menghukumi melainkan Tuhan. Benar, untuk hidup ini bukan sesuatu yang mudah, didepani aneka pancaroba, segala macam permasalahan dari segenap ceruk kehidupan. Hampir hampir sekali tumpah segenang air jernih di kelopak mata ini tatkala diri tenggelam terus dalam dunia nukilan agung ini, yang diadaptasikan daripada cebisan kisah benar penulis sendiri. 

"Sungguh ganjil dirasakannya, ganjil kerana adanya manusia yang sama sekali tidak mahu berfikir panjang, tidak mahu mencari jalan untuk 'menaik-naikkan' dirinya supaya orang ramai memandangnya lebih berharga daripada manusia biasa"

Helaian 261, Salina, A. Samad Said

No comments:

Post a Comment