Saturday, 8 September 2012

Awan Larat

Di sebalik awan yang gelita,
Tersergam indah memancar suria,
Di sebalik segala indah belaka,
Terselit kemas secubit luka.

Deretan pohonan tempat berteduh,
Daratan lalang tempat berlabuh,
Ditemani bulan dan bintang,
Terhuni kian malam dan siang.

Bangku kayu dibuat bahu,
Sepi malam dicanda berlagu,
Andai malam tiada bertemu,
Andai siang tidak bertamu.

Usah gusar akan aku,
Tiada apa, arakian kaku,
Kerana mengapa, ujar kamu,
Entahlah, entahlah itu jawabku.

- nazri awang, taman klcc, 10.54pm, 8 September 2012.

No comments:

Post a Comment