Thursday, 16 August 2012

Raya

Kuala Terengganu:

Segugusan manusia, berpapasan membeli aneka juadah raya, baik segala persalinan nan baru, kuih-muih dan semua yang menanda perayaan yang hanya datang setahun sekali.

Sayup-sayup kedengaran, dari corong pembesar suara, pengumuman mengenai anak-anak kecil yang tersesat, daripada ibu bapanya. Mungkin sekali mereka itu terlalu asyik memilih dan mencuba-suai segala perhiasan dunia.

Dari segenap pelosok dan penjuru, harum sekali bau makanan, namun sesekali diselangi dengan haruman dari longkang. Makanan di jalanan, mungkin terdedah kepada segala bakteria di udara, daripada manusia yang membersihkan rongga hidung dan mulut.

Dalam keramaian, tetap rasa sendirian. Namun, tiada apa yang dapat membahagiakan diri ini lebih daripada tekad, untuk menanda Ramadhan kali ini sebagai satu titik perubahan.

No comments:

Post a Comment