Sunday, 20 November 2011

Penyebaran

Aku teringat dalam salah satu buku Richard Dawkins (judulnya sudah kulupa), yang antara salah satu daripada sifat semulajadi manusia ini, adalah naluri untuk menyebarkan dirinya sendiri. Maksudku, ada naluri untuk menyebarkan genetik, fikiran, pegangan agama, falsafah dan sebagainya. Sayugia itu, manusia punyai rasa ingin pewaris yang bakal memperjuangkan perkara yang sedemikian rupa.

Dawkins menggelarkan ini semua sebagai "meme".

Namun dalam keterujaan ingin menyebarkan "meme-meme", seringkali manusia akan berhadapan seberapa banyak halangan. Kebiasaannya manusia akan punyai rasa tidak selesa, untuk berubah.

Pegangan "holier than thou", adalah perlu kita jauhi dalam penyebaran idea. Namun, bagaimana keseimbangan ini dapat dicapai? Berdakwah secara senyap, mempengaruhi sedikit demi sedikit? Bagaimana cara paling efektif untuk menyebarkan "meme" tanpa mengundang rasa jelek daripada manusia lain?

No comments:

Post a Comment