Monday, 31 October 2011

10 hari mencari jiwa di Bruxelles

 I copied the following extracts directly from my 10 days journal of solo travel from Coventry-London-Calais-Paris-Brussels-Amsterdam. I planned to do the whole trip by hitchhiking, but in the end only Calais-Paris leg was successfully done by getting rides from three nice strangers; 1. A French businessman, 2. A nice Belgian dude, 3. Two very friendly Romanian guys, who can't speak French nor English. These ten days had changed me a lot, the way how I see people, how I think, and basically how I behave towards strangers. This post might be quite long, but I sure hope you can benefit something from it. The language is very informal and contain massive grammatical errors. I decided to put it just like that, without editing anything to preserve the original feeling to it. Enjoy, and comment. ;)

Day 1:

4.45 am aku dah keluar rumah, jalan pergi Pool Meadow bus station. Malam tu tak tidur pun sebab excited sangat pasal trip. Bas ke London sampai lambat sikit. Pukul 8.30am, then aku sampailah dekat London. Bas pergi Dover pukul 9.30am, tapi aku ternampak pulak bas pukul 8.30am. Try lah tanya dia, boleh ke ambik bas tu terus. Dia cakap tak boleh, pasal tambang aku funfair.

Sementara tunggu bas pergi Dover, pergi beli croissant dan hot chocolate untuk breakfast. Sampai Dover pukul 12pm lebih, berhenti dekat town, then ingat nak try hitchhike kat situ, tunggu lama jugak dekat jalan leading towards port, lepas tak dapat situ, pergi lah tukar tempat pulak. Pergi jugak dekat western dock, try tanya lorry driver dekat situ, kot-kot boleh hitchhike. Dia cakap impossible pasal problem mengenai regulation dan insurance.

Okay, fine takpelah. Keluar dari situ, berhenti minum air kejap. Lepas tu ada pakcik tu tanya, jalan nak gi London. Manalah aku tahu kan, then cuba jugak luck dekat petrol station. Ada sorang tu pakcik tu baru lepas makan. Hahaaha, then aku tanya la dia pergi Calais ke tak. Dia cakap tak, dia offer aku ke tempat jalan lain. Maybe senang sikit dapat ride. Then, dia macam takut-takut. Hahaaha, lepastu dia bawak aku pergi dekat port saja. last, last beli saja tiket pergi Calais. Ferry pukul 4.20pm, lama jugak sebenarnya, 2 jam setengah macam tu. Dalam ferry aku tidur je pasal mengantuk malam tu tak tidur. Hahaaha.

Sampai je di Calais, hahaaha, problem sudah. Apsal phone aku tak boleh roaming ni. Apa pulak jadi ni? Bongok. Macam mana nak call host tak tahu. Pergi ikut satu group French ni, then jalan je sampai town. Tengok ternampak satu kedai kebab Turkey, dia tulis halal. Aku pun apa lagi, pergi je lah makan. Kena 6 Euro, mahal la jugak. Nasib baik aku ada address host, Benoit. Hari ini pulak hari cuti di Calais, so takde bas, kereta pun takde. Jalan punya jalan, berpandukan map yang ada dekat bus stop. Akhirnya sampai jugak rumah host. Tekan loceng, takde orang bukak.

Hah, sudah. Nak text, phone takleh roaming pulak. Ujian sungguh. Dalam sejam tunggu, then cuba cari public phone. Jumpa, tapi takde pun yang pakai coin. Motif sungguh. Aku ingat kena pakai phone macam kat Malaysia ke apa. Lepas tu, pergi jalan arah ke town balik. Try cari space macam padang, at least nanti kalau nak bukak tent senang. Lepas merayau dalam sejam lebih, pukul 11.30pm decide pergi try tunggu balik ah. Kot-kot Benoit balik. Alhamdulillah, dia balik. Melangut lama jugak aku tunggu kat situ, then dia macam agak baik la. Tunjuk bilik apa semua, kasi pinjam laptop. Borak tak lama pasal dia kena tidur, esok dia kerja. Tidur malam tu nyenyak jugak la, pasal lama jugak aku jalan tak tentu hala. Tidur =), sambung second day nanti.

Day 2:

Haha, sekarang 8.30pm day 3, tengah menunggu kebab dekat satu kedai dekat dengan masjid. Tadi bila sembahyang, rasa macam bahagia, gila. Semalam, satu hari suntuk langsung tak solat. Astaghfirullahalazim, itu baru Allah bagi ujian kecik dekat aku, terus jadi macam tu. Kalau yang lain, tak tahulah.

Eh, tersilap bebel pulak. Nak tulis pasal day 2.

Okay, start tulis balik pasal day 2, pagi tu bangun dalam pukul 10.30am kot, pasal tak berapa sedar yang hari dah siang. Sedap lah tidur atas katil proper, muahaha. Bangun, then pergi shower. Tuan rumah dah bangun awal sebenarnya, pastu aku pergi makan breakfast. Pergi buat sign Paris, lepas tu Benoit pergi hantar aku dekat satu jalan before motorway. Sampai pukul 12.15pm, tunggu sejam lepas tu satu kereta ni berhenti. Hahaaha, di cakap French, mana la aku nak faham kan. Dalam kereta, dia ada borak pasal family business dia. Fishing net, tak lama sangat borak, 15 minutes lepas tu sampai tempat start toll.

Day 4: 5.35pm

Sekarang berada di masjid Paris, entah rasa sungguh tenang. Tak tahu nak cakap macam mana. Biarpun kat sini takde apa untuk diambil gambar atau sebagainya, namun tetap rasa sangat best. Tadi, atau adakah semalam? Hahaaha, boleh pulak lupa. Yang keistimewaan sesuatu perkara itu hanyalah disebabkan kita memberi definisi itu adalah istimewa. Kadang-kadang mungkin kita tak tahu pun sesuatu perkara itu istimewa, namun kita memilih untuk mempercayai definisi yang dilakukan orang lain.

Pada pandangan aku, sebuah batu mahupun sekeping kertas sebenarnya tidaklah bermakna apa-apa tanpa label. Namun apabila kertas itu adalah sebuah lukisan yang dikenali ramai, seumpama Monalisa, terus ramai yang ingin melihat mahupun mengambil gambar. Sebenarnya, atau seharusnya apakah yang memberi nilai pada sesuatu? Kecantikan luarannya semata atau nilai dalamannya yang sememangnya subjektif? Pasti sungguh sukar ya untuk kita memberi nilai atas sesuatu, barang dengan menduga semata?

Hari ini hari keempat, hari khamis 16 June. Esok Insya Allah, aku akan cuba berhithchike ke Brussels. Jadi 17 dan 18 June di Brussels, 19 June cuba ke Amsterdam, 20, 21. 22 June pulang ke Coventry. Entah lah, aku suka berada dalam keadaan sebegini. Tiada gangguan dari sesiapapun. Aku asing, aku sendiri namun aku tidak, kerana Allah itu selalu berada di mana-mana pun.

Terkadang, ada jua terdetik di fikiran, yang sebenarnya, sekuat manakah keteguhan iman dan semangatku? Jelas benar, yang manusia ini sememangnya sangatlah lemah. Aku menulis di bangku, berhadapan Paris Grand Mosque. Entah mengapa hati ini berasa sayu. Rasa ingin dekat dengan Tuhan, sungguh aku rindukan keindahan agama, solat dan Al-Quran. Hatiku tenang berada di sana.

Hari itu, sebelum start travel, bermacam-macam persoalan dan kemungkinan yang berlegar di fikiran. Baik buruk mahupun baik. Aku belum pada saat ini, membaca kindle. Terkadang fizikalku letih sekali, namun mentalku terus cuba bergerak bagi mencari jawapan buat pelbagai persoalan kehidupan. Semalam jua, aku menatapi cinta yang bukan berlandaskan rupa, tapi hati dan perasaan. Bukan selalu kamu bisa ketemu pasangan sebegitu, sehinggakan orang di sekeliling dapat merasainya. Aku merasakan, yang artis hebat pasti banyak sekali asalnya di jalanan. Asalnya terbuang, namun akhirnya dijulang.

Aku tidak mengetahui apakah perasaan ini, aku jauh daripada pasti tentang ketentuan Illahi, namun entah, sungguh bahagia rasanya, sungguh tenang bikinan jiwa. Oh Tuhan, bantulah aku agar aku kuat terus menghadapi dugaanmu, agar aku mengikuti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Aku tidak seharusnya bersifat negatif dengan sesiapapun.

Entahlah hidup, aku tidak memahamimu, namun aku akan terus cuba kerana aku seorang pejuang hidup.

Day 5, 10.45am, Porte de la Chapelle

Need to find a box.

9.25pm: Okay seriously harini paling drama sekali. Punya la lama gila tunggu dekat Porte de la Chapelle tu, takde satu habuk pun yang berhenti. Lepas aku jumpa kotak, aku buat la sign "Brussels". Then, jalan nak cari best spot untuk start hitchhike. Jalan punya jalan, sampai lama jugak. Haha, pastu bila aku tengok balik dekat map yang ada dekat bus stop, barulah perasan yang sebenarnya aku dah tersalah jalan.

Jalan balik ke roundabout, lepas tu start la hitchhike dekat situ, dalam pukul 11.50am/12pm camtu. Lepas tu, lama jugak tunggu dalam 2 jam sampailah 2pm. Punya la susah takde sorang pun yang berhenti. So, pergi la lepak dekat bawah jambatan, bukak tuna and baked beans sebagai lunch. Lepas tu dalam setengah jam rasanya, tukar sign jadi Lille. 2.30pm pergi balik, tunggu punya la lama sampai 4pm. Takde jugak, rasa sangat bengang la, rasa cam nak putus asa. Dah la time tu hujan jugak, huhu letih gila rasa.

So, pergi balik dekat bawah jambatan. Baring kejap, tiba-tiba bangun, nampak pakcik ni duk kencing dekat dinding, hahaaha tak senonoh betul. Pastu dia tengok aku baring, dia tanya aku something dalam French tapi manalah aku nak faham kan. Aku rasa dia tanya pasal tidur kot, ada selimut ke tak, or something like that.

Lepas pada tu, tidur la kejap. Dalam pukul 5pm camtu, aku start gi balik. Try the best la jugak, senyum and everything, haram. Takde sorang pun nak berhenti, rasa sedih gila huhu. Bila dah pukul 6pm, okay lantaklah aku dah tak sanggup dah nak tunggu. Nak pergi naik bas or train, buang sign lepas tu aku pack barang dan jalan balik ke arah metro. Then aku nampak la satu information centre ni.

Tanya dia, kat mana aku boleh pergi kalau nak naik bas pergi Brussels. Then, dia cakap tak tahu. Motif la kan, nama je information centre tapi tak tahu apa. Nasib baik dalam guide aku, dia ada tulis Gare Du Nord, tempat naik train. Sampai sana, aku pun nampak satu vending machine jual tiket, punya la lama tunggu.

Lepas tu, tiba-tiba ada rasa menda duk mencakar dekat belakang kaki aku, aduh amenda la pulak ni, anjing rupanya. Sampai kat vending machine tu, takde apa. Bongok sungguh, beratur pulak dekat line untuk tiket/kaunter pertanyaan. Tanya la dia, dekat mana boleh beli tiket gi Brussels, oh dia cakap boleh naik dekat atas je.

Panjang jugak beratur lepas naik atas tu, tanya dia tiket pergi Brussels berapa Euro. Dia cakap 690, haa ambik ko. Mahal nak mampus, padahal tu bukan speed train pun rasanya. Tu, mahal sangat nak mati kot, mana mampu camni.

Then, turun balik pergi dekat bawah tanya dia dekat mana boleh dapat bas untuk pergi Brussels. Lepas itu, dengan gaya yang sangatlah tak friendlynya, dia cakap. Oh, kaunter ni untuk metro saja, Brussels dekat atas, dekat atas. Naik atas, lepas tu text Alia tanya dekat station mana boleh tunggu bas. Dia cakap Gallieni, cari dekat map. Haa, sudah tak jumpa. Suruh Alia cari dekat metro line mana station tu, nasib baik lepas tu jumpa.

Jalan keluar, nampak bus terminal untuk Paris and its suburbs. Jalan sikit baru la sampai, sepanjang jalan tu macam hancing gila bau. Manusia mana la yang suka kencing tak bertempat ni. Kena solat pulak ni, jom?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas tu tanya la dia, tiket pergi Brussels untuk malam ni ada ke tak, pastu dia cakap dah habis. Hahaaha, sudah. Macam mana ni. Duduk kejap, lepas tu nampak bas pergi London pukul 10pm. Wah, best ni kalau boleh balik UK terus. Rasa hilang dah sikit semangat, lama gila tunggu dekat Porte de la Chapelle hari ni.

Hmmm, lepas pada duk tunggu lama, hmmm then aku decide kalau malam ni ada tiket pergi London, aku balik. Tapi sebab tak, so beli tiket pergi Brussels je la.

Day 6: friday, location: International Bus Terminal, Paris Gallieni

Fuh, semalam tidur dalam tent dekat Paris Gallieni, mula-mula cari la dekat mana nak tidur, tengok dekat tu, ada rumput sikit. Okay kot kalau buat tent. Lepas dah set up, sikit bantal apa. Lepas tu, baru macam nak lelap mata sikit, tiba-tiba dengar suara perempuan menangis. Macam apa lah kan, suara lelaki tu pulak macam garang. Babi, aku cuak nak mampus, macam apa tak tahu.

Aku asyik duk sebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, mintak2 tuhan selamatkan aku daripada sebarang bencana. Lepas tu nasib baiklah takde pape, cuba jugak tidur. Tapi macam agak susah, pasal dalam khemah tu, lantainya cuma tanah kan. Tak lama, try lagi tidur. Dalam pukul 2 lebih, bapak la, hujan pulak. Angin kuat bertiup apa. Nak tidur dengan tenang pun tak dapat, huhu bengang gila.

Ni bas dari Paris ke Brussels, tak tahu berapa lama. Macam bengong.

Day 7: Brussels, 2.53pm

Sesat somewhere in Brussels.

8.00pm- Berada di rumah.

Day 8: 1pm at Gare du Nord station

Baru lepas beli tiket bas ke Amsterdam. Hahaha, tadi pergi sekejap nak try hitchhike, harini hujan pulak. Sejuk jugak la, dah malas aku nak tunggu lagi ah. Hahaha, lama la pulak tunggu bas ni takde pulak nak sampai. Rasa mengantuk gila, dalam bas nanti maybe tidur je la kot.

11.30pm,

Sekarang dekat rumah Merijn, pergi dinner dekat satu kedai kebab Mesir ni. Hahaaha, langsung tak sedap. Dah la mahal, 8 Euro. Beli air tadi pun mahal gila, 2.50 Euro. Kena plan esok nak pergi mana. Mula-mula, kena pergi tourist centre cari map, lepas tu jalan la pergi mana pun. Kalau boleh, baik sewa basikal kot, rasa lagi murah dan senang maybe? Lepas tu tengok mana best nak pergi.

Day 9: 10.15pm, Merijn's place, Amsterdam

Harini takde buat apa sangat, cuma pergi Van Gogh museum dan Rijskmuseum. Rijskmuseum tu macam bodoh je.Baik takyah buka, kalau setakat ciput tu je nak tunjuk. Dah la 12 Euro. Lepas pergi situ, pergi Van Gogh museum, best la jugak.

Yeay, esok dah balik UK, tak sabar rasanya.

No comments:

Post a Comment