Friday, 2 September 2011

Bingkisan Hati

Coretan cuma melakar rasa,
bingkisan hati membina suasana,
kapan tiada segala semua,
bukanlah maksud dunia durjana.

Ada berkata manusia itu sama,
ada baiknya mahupun buruknya,
luaran dan dalaman kadangkala berbeda,
apakah logika semuanya sama?

Sekian lama segala dipendam,
namun kesumat tiada terpadam,
walau cuba disembunyi malam,
tapi mentari menyinari kelam.

Oh manusia memang berbeda,
seakan nasib tiada bermakna,
seakan dunia sampai kepenghujungnya,
arakian kini entah apa yang ada?

-Nazri Awang, 2 September, Gong Balai

No comments:

Post a Comment