Thursday, 1 September 2011

Realiti Sebuah Mimpi

Mimpi-mimpi itu seakan tiada pasti berlalu,
realiti itu kelihatan ampuh namun terus ragu,
mimpi-mimpi itu cuma mengguris luka dahulu,
cuma mengumpil isi yang cuba dibunuh kaku.

Hadapilah segala kemungkinan yang mendatang,
cabaran mahupun dugaan pasti akan terus menyerang,
terkadang rasanya bendera putih ingin dijulang,
terkadang semuanya sudah tiada terbilang.

Hidup ini bukanlah seakan mimpi di malam hari,
biarpun imaginasi sering kali memungkiri ilusi,
walau berulang kali pisau menikami dada ini,
dalam cubaan untuk merasionalisasi realiti.

Mereka tidak akan dapat memahami,
mereka tidak akan dapat menembusi hati ini,
mereka tidak akan pernah pasti mengetahui,
oh tuhan, entah apa lagi ada pada kiraan hari?

~ MN Awang, 1 September 2011, Gong Balai

No comments:

Post a Comment