Wednesday, 10 August 2011

Masa

Masa itu sebenarnya bisa merubah bermacam perkara, yang kecil mahupun sebaliknya. Dahulu berkawan rapat seakan belangkas, namun berlaku semacam perkara yang tidak diketahui jelas asal-usulnya, lantas tali persahabatan itu putus terus.

Bila dilihat anak-anak kecil itu yang bermain di perkarangan kediamannya, terasa betapa dia telah kehilangan sesuatu, yakni kenaifan fikiran mereka. Hari ini berbalah seakan langit gempita itu akan runtuh, namun keesokkan harinya, anak-anak yang masih suci lagi perwatakkan mereka; tidak menyimpan dendam mahupun hasad.

Dalam masa kurang daripada lima tahun. Seingatnya sudah kehilangan tiga teman rapatnya. Entah di mana silap perkiraannya, entah mungkin dia masih seorang yang jongos hipokrit, lantas dibenci mereka. Dicuba untuk dilerai permasalahan, namun dia sedar akan peribahasa seakan “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”.

Tiga sahabatnya; kalian mengetahui siapa yang dimaksudkannya, dia masih terus memohon maaf, namun kadang-kala dia menyedari yang “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

No comments:

Post a Comment