Friday, 8 July 2011

Lagu Hati

Puisi ini dikarang, mengubat luka,
lagu hati ditatang, merawat jiwa,
aku kepingin sekali, seperti mereka,
namun aku dingin lali, hatiku merana.

Mereka berkata, semuanya tidak apa,
mereka bergelak-ketawa, tiada sengsara,
hatiku luluh pasti, mataku berair laju,
jiwaku lepuh berapi, penaku tangkas beradu.

Aku bukanlah, bukanlah apa yang diluaran,
aku hanyalah, hanyalah petualang bajingan,
aku takut memberimu barang sedikit susu,
aku gentar balasanmu tuba, sakit hatiku.

Biarlah aku sebegini rupa,
aku tak ingin kelihatan papa,
jadi aku berlakon di hadapan semua,
terpedayakah mereka? tidaklah mengapa.. 


MN Awang, Queensland Avenue, Coventry

No comments:

Post a Comment