Tuesday, 5 July 2011

Istirehat

Hari meniti hari, waktu lapang yang sewajarnya boleh diisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah, dicantas-cantas oleh aktiviti yang langsung tidak memberi sebarang nilai.

Petang semalam, seperti jua petang sebelumnya, kepalaku pening amat. Aku tidak mengetahui mengapa sebenarnya aku masih mempersoalkan lagi bahan-bahan picisan ini. Saat ini beristirehat di kediaman rakan di Nottingham, seusai menyelesaikan urusan penghantaran barang ke Malaysia.

Saat ini, aku sakit kepala terus, memikirkan perkara yang tidak perlu, melakukan sesuatu yang tidak tentu. Oh, pastinya aku telah jauh tersesat ke lorong yang gelap, aku patut berpatah balik ke pangkal jalan, namun yang mana satukah wajar dituju? Ke kiri, ke kanan? Agama, bangsa, common-sense? Apakah semua itu? Definisi apa itu semua? Di mana hilangnya kompas moral dan falsafah hidupku? Di mana mereka?

Oh BERSIH? Persetankan itu semua, malas sudah aku ambil tahu kelicikan dunia politik, bergaduhlah kamu semua. Aku tidak dapat lagi berupaya menceraikan tepung daripada rambut yang berselirat, biarlah kamu semua yang tegar gagah, bertengkar anak tekak, nanti bila sudah dimenangi, lantas kampungmu tergadai, usahakan khabar berita ke pangkuanku, bisa?

No comments:

Post a Comment