Wednesday, 29 June 2011

Ketepatan

Sebenarnya, di mana baiknya untuk menyepi tanpa menyoal, menjawab mahupun memberi reaksi? Atau di mana wajarnya tempat untuk melontar pandangan, memberi komen mahupun sekadar berbicara basi memecah suasana?

Ada teman menyuarakan, seakan aku selalu sahaja emosional dan berdramatis galak di semua lapangan facebook, twitter mahupun blog. Aku kaget amat, kapan tibanya situasi buat aku untuk membuat pertimbangan antara dua atau lebih pilihan yang subjektif, yang tampaknya suatu picisan cuma pada pandangan manusia lain. Namun bagi aku, harus tegar terus mencuba untuk bertengkar antara falsafah dan konsep yang kontra.

Namun, aku buntu terus mengenai dimanakah seharusnya tempat dibuat sandaran? Menyusur arus norma-norma budaya, nilai-nilai keagamaan, ataupun seenaknya pilihan hati, jiwa dan nafsu? Apakah pilihan aku? "Common sense"? Bagaimana sebenarnya definisi semua itu? Aku tidak pernah akan menidakkan kritikan mahupun komen yang diberi. Aku akur pada kekhilafan diri melakukan kesilapan.

Cuma, aku gemar mempersoalkan segala. Aku gilakan falsafah, aku butuh sekali menjadi seorang ahli falsafah di masa hadapan. Oh, ini aku cuma memberi lontaran ayat yang tiada rasionalisasi mahupun nilai, mungkin hanya membazirkan masamu. Sekian..

No comments:

Post a Comment