Thursday, 23 June 2011

Day 1: Coventry-London-Dover-Calais

13 June.

4.45am dah keluar rumah dan terus jalan pergi Coventry Pool Meadow. Malam tu tak tidur sangat pasal excited giler dengan trip ni. Bas ke London patutnya bertolak pukul 5.30am, tapi sampai lambat sikit. Sementara menunggu bas ke Dover, terus pergi membeli croissant dan hot chocolate bagi mengalas perut di awal pagi. Tiba di Dover pada jam 12 lebih, bas berhenti berhampiran dengan pusat bandar. Dari situ, kena cuba pergi jalan ke arah pelabuhan Dover. Jauh jugak lah perjalanan, maybe dalam 2km. Tunggu melangut kat situ, rasa macam impossible je pasal jalan busy giler dan takde space dekat tepi jalan untuk kereta nak berhenti.

Then aku jalan balik kearah bertentangan dan cuba pulak dekat satu bus stop nih. Guide dari hitchwiki.org cakap, boleh je try luck dekat mana-mana bus stop yang ada di tepi jalan. Bukak paper A4 satu, dan buat sign Calais. Tunggu lama jugak disini. Tiada sebarang hasil, banyak orang lalu-lalang tepi jalan duk tenung, budak ni buang tabiat ke apa.

Dah tak dapat di bus stop tu, jalan lagi ke arah town untuk mencari jalan yang kurang sibuk. Dalam sejam di situ, still tak dapat apa-apa. Pergi ke arah stesen minyak BP, dan beli croissant dan air masak. Bila bukak botol air kononnya stainless steel dari Wilkinson, tengok dah ada karat semua. Bengong betul, baru saja pakai sehari. Hampagas. Kat sini, ada sorang mamat backpacker ni berhenti duk borak kejap, dia cakap good luck lah. Dia pernah try 4 hari baru dapat ride dari Dover ke Calais. Huhuhu, anda memang saja nak menurunkan semangat aku.

Dah letih tunggu di bus stop, bergerak pulak kearah Dover western dock di mana menurut guide dari hitchwiki.org, kalau dah desperate tahap moksya itu, boleh sahaja dicuba nasib tuan hamba dengan deretan pemandu lori yang berada di situ, untuk tujuan hal-ehwal kastam.

Masuk di kawasan itu, tanya pemandu lori pertama. Terus sahaja direject, dia cakap sekarang ni memang pemandu lori takde yang nak ambik mana-mana hitchhikers cross channel. Dia cakap in case kalau ada anything happens, akan ada masalah dengan regulation or insurance policy, benda-benda alah macam tu lah.

Manalah aku nak tahukan, okay fine. Pergi jalan balik kearah eastern dock maybe. Jauh ni nak menapak,  huhuhu. Dekat situ ada lagi satu stesen minyak BP, ah lantak pi lah. Pergi try nasib kat sini maybe. Duk nampak sorang pakcik tengah makan hamburger or something. Dia nampak macam terkejut bila aku tegur dia nak tanya pergi Calais ke tak. Then dia offer nak bawak aku pergi dekat satu jalan luar sikit dari Dover, maybe lagi senang.

Then, tiba-tiba dia macam seolah-olah macam takut dekat aku pulak. Tukar plan, suggest nak bawak aku  pergi dekat eastern dock sahaja. Okay fine lah pakcik, saya tak makan orang kot. Dah sampai kat eastern dock tuh, duk menyapa beberapa traveller yang baru nak masuk tiket office, mana lah tau kot-kot diorang ada space kan. Masih ternampak seorang lagi hitchhiker yang ada sign ke Frankfurt, maybe dah lebih tiga, empat jam masih setia menuggu nasib.

Lepas tu nampak police duk jalan kearah aku, damn!! Aku pernah baca dalam hitchwiki.org dia cakap, hitchhiking dalam port property is illegal. So, baik jangan duk nak cari pasal. Time tu, rasanya dah pukul 4pm something, aku pun masuk saja kat dalam office, beli tiket pergi Dover berharga £30. Ferry start bergerak pukul 4.20pm, lama jugak sebenarnya perjalanan ke arah Calais. Dalam dua jam setengah maybe. Dalam feri aku duk tidur saja, pasal malam itu sudah jadi zombi tak tidur. hahaha.

Sampai di Calais, try bukak telefon untuk tweet. Haa sudah problem, apsal handphone aku takleh nak roaming nih? Apa pulak dah dugaan nih, dah tak dapat nak call host, Benoit. Macam mana nak text dia, nak pergi rumah apa. Aku, yang memang tak pandai cakap French satu habuk pun pergi saja jalan ikut satu group mat salleh ni pergi ke arah town. Hahaaha, entah ke mana tak tahu.

Tengah-tengah jalan duk nampak satu kedai kebab. Okay, berhenti dinner lah dulu. Nasib baik address host, aku dah catit dalam journal. Nak dijadikan cerita, haritu pulak adalah hari cuti di Calais. Jadi takde lah bas, jalan kosong, orang takde. Macam deserted town saja gayanya. Map takde, bas takde, camne nak pergi sana?

Berpandukan peta yang ada dekat bus stop, aku try saja jalan. Lama jugak dalam sejam lebih, sampai dekat rumah host. Tekan loceng, takde orang bukak. Rumah nampak gelap sahaja, dugaan-dugaan. Aku duk tunggu depan rumah tu macam orang homeless, mintak-mintak dia balik.

Dalam sejam menunggu, nak kena cari public phone ni, call dia maybe. Jalan dalam 5 minit, jumpa public phone, kena pakai card pulak, takde pakai coin. Masa ni, aku ingat dia pakai phonecard macam dekat malaysia, huhu. Dua, tiga hari selepas itu di Paris barulah aku tahu  padahal dia pakai credit/debit card sahaja. T_T

Selepas merayau dalam sejam lebih, mencari spot untuk bukak khemah untuk malam itu maybe. Dalam pukul 11.30pm, aku decided nak try nasib pergi balik lah dekat rumah host. Tunggu dalam setengah jam maybe, kalau-kalau dia balik. Kalau dia takde jugak, terpaksa lah bukak tent dekat mana-mana.

Lama jugak melangut di situ, akhirnya Benoit pun balik rumah. Fuhhh, lega gila rasa. Masuk rumah, borak-borak. Dia tanya dah makan belum apa, tunjuk bilik aku, dan siap kasi pinjam laptop untuk malam itu. Malam itu tidur dengan sangat nyenyak, letih nak mati jalan satu hari merayau tak tentu hala.

No comments:

Post a Comment