Tuesday, 26 April 2011

Nasi Goreng

Petang semalam lapar tahap raksasa godzilla, menjenguk dapur, ada masih tinggal dalam semangkuk nasi dalam periuk belanga. Jadi buatlah nasi goreng. Dengan rasa malas, campak-campak telur, bawang dan perencah. Terhasil nasi goreng yang sedap lain macamlah pulak. Biasanya nasi goreng kalau dibuat dalam jumlah yang banyak, susah nak dapat sedap. Tak cukup masin lah, terlebih itu dan inilah.

Pengajaran: masalah bila mahu ditackle semuanya sekaligus, sememangnya susah. Nak makan gajah, kena ngap slow-slow. Tak muat mulut, nanti okay. 

No comments:

Post a Comment