Sunday, 3 April 2011

Kata

Bila jiwa cuba merenda kata,
kapan suria mula menerbit cahaya,
diri lemah masih terus terpana,
kerana apa pula agaknya? 
Kerja disanggup bukan kepalang,
masa dititip lagikan terbuang,
alangkah baik jikalau cuba dikarang,
supaya arakian tidak melahir petualang. 
Bunga dijalanan tumbuh menyegar,
dua minggu hampir menjalar,
nukilan pena kini longlai seakan malar,
kerana hati kesuma sudahkan tercalar. 
Esok, bisakah masih untuk kedatangan?
janganlah terus membingkis rungutan,
hari semalam tiada lagi akan berjalan,
hari ini juanya tujuan dan persoalan.
~ Nazri Awang, 2 April 2011.

No comments:

Post a Comment