Monday, 7 March 2011

Kelongsong

Kaget sekali kamu rasakan bila kebergantungan kepada insan yang lain itu, terkadang besar sekali magnitudnya. Acap juga barangkali, kamu kepingin kebebasan fizikal dan mental daripada apa jua yang mengatasi dan mengongkongi. Namun, harus disemat sekukuhnya di dalam hati, kapan tiada sekatan dalam memperbuat sesuatu, mungkin limpahan negatifnya itu menjadi besar sekali di kemudian hari.
Kerana manusia itu, kerap sekali melakukan kesilapan dan kecacatan, dan sering lagi tidak sanggup menutup rapat lohong yang terlopong. Kaget cuma, namun apakah kamu bisa memperbaiki?

No comments:

Post a Comment