Monday, 14 February 2011

Buku

Bukankah sedikit kaget, manusia ini selalu sahaja kepinginkan sesuatu yang di luar batasan upaya, pada rona masa yang kelihatan. Bak kata peribahasa orang putih, "the grass is always greener on the other side". Kapan diri sudah tercampak di bumi Inggeris ini, barulah terhegeh-hegeh mengidam rangkuman sastera melayu yang sukar sekali untuk didapati di sini.

Tapi tidak apalah, nanti pabila kujejak kaki di tanah air, segala yang di bawah pasti bakalan menjadi sasaran. :)

1. Salina.
2. Interlok.
3. Sulalatus Salatin (sejarah melayu).

Akan tetapi karya-karya melayu lama, pastinya tidak semudah didapati di toko-toko buku yang terkenal sahaja bukan? Mungkin perlu mencari kedai-kedai yang lusuh, tersorok dek pandangan jalan, mungkin sahaja. 

No comments:

Post a Comment