Thursday, 20 January 2011

Eksperimen


Vegetarian hari kedua:

Gagal. Badan sudah kering-keding tak cukup nutrien ini ada hati lagi mahu jadi vegetarian? Lupakanlah saja hasrat murnimu itu. Alamat nanti tinggal tulang-belulang sajalah.

Kesimpulan:
1. Makanan vegetarian langsung tak sedap.
2. Hidup tanpa makanan malaysia yang sedap, lazat nak mati ~ Baiklah aku jadi omnivor.
3. Budu, belacan, ikan bilis dan keropok sudah cukup menjadi sebab untuk aku tidak menjadi vegetarian.
4. Rasa macam diet pulak dua hari ini. Tak cukup tenaga, letih dan lembik. haha

Nanti kalau aku sakit-sakit jantung ke, barulah aku reconsider jadi vegetarian. :)
Okeh, untuk jadi lebih sihat, kurangkan protein daging, banyakkan protein sayur.
Aku rasa mat salleh ramai jadi vegetarian sebab makanan mat salleh langsung tak sedap, tawar dan entah apa-apa rasa. :) . Jadi vegetarian pun tak rugi banyak agaknya. Anda setuju? :)

ps: mendapat inspirasi untuk jadi vegetarian daripada buku di atas, untuk mengetahui sebab-musabab menjadi vegetarian adalah bagus untuk kesihatan, silalah klik summary daripada wikipedia di sini.
Baca pun belum habis lagi. Baru 250 lebih habis, 900 m/s kesemuanya. haha :)

No comments:

Post a Comment