Wednesday, 29 December 2010

Cinta

Aku terbaca dalam buku hasil karangan Covey betapa ada dua jenis cinta, satu cinta (noun) dan cinta (verb).

Cinta(noun) ini terbatas kepada cinta yang tidak dapat diperjelaskan perasaannya. Kewujudannya itu seolah-olah hadir tanpa dijemput, tidak pula dicari-cari. Cinta barang seperti ini, jikalau tidak dikawal sebaiknya, boleh memberi kemudaratan sekiranya berlaku sesuatu pada perhubungan cinta itu. Cinta(verb) pula lebih umum dan proaktif sifatnya. Cinta ini wujud hasil daripada usaha telus sang pencinta, mengelus halus insan yang dicinta dan ikhlas menjaga kesihatan mereka, dipupuk dari hari ke hari dan pastinya tidak luntur dimamah usia.

Cinta ini luas, bukan hanya setakat cinta kepada insan tersayang, cinta kepada tuhan, dan juga cinta kepada dunia dan segala isinya. Aku jua mencinta pada dunia, aku cintakan falsafah, geografi, sejarah dan sastera. Terkadang, timbul di fikiran aku, seolah-olah aku sudah tersalah pilih jurusan yang berkaitan matematik ini. Namun, cinta itu boleh dipupuk bukan? Cinta itu pasti jua akan hadir jika aku bersungguh-sungguh untuk cuba memperolehnya. Aku pasti jua mencinta segala subjek yang aku pelajari, jika aku bekerja kuat untuk mereka.
Aku sudah tidak lagi membutuhkan cinta pada insan pencinta, kerana aku kaget mencari dia yang bersesuaian dan berpadanan. Lagipun jua, aku masih muda bukan? Cinta pada dunia, pasti akan cuba aku bataskan hanya pada ilmu falsafah dan sejarah, yang pasti bisa membuatkan aku lebih cinta kepada Tuhan yang maha agung.

2 comments:

  1. nazriiiiiiiiiiiiiiii !!! huahaha cinta hmm cinta hmmm.

    ReplyDelete
  2. Juek, anda taknak ber"title" dengan saya kah? hahaha

    ReplyDelete