Monday, 24 March 2008

Cinta

Cinta?
Apakah ertinya?
Jika kalbu dilapah semahunya,
Jika badan dijadikan taruhannya,
Jika maksiat adalah permainan biasa,

Atas nama cinta,
Semuanya bisa,
Lidah bercabang dibelit dan ditutur semahunya,
Buat menggoda dan memikat si dara semua,
Asalkan rupa menawan mata,
Segera dilibas mangsa terpana,

Mungkinkah ini suatu petanda,
Bakal kiamat bumi sentosa,
Bermulanya syurga dunia,
Neraka akhirat ditempah pula,
Adat dan agama ditolak seperlunya,
Nasihat orang tua diperli dan dipandang hina,
Wajarkah kita berbuat sedemikian rupa?

Fikirkanlah semua,
Tanyalah iman didada,
Ketepikan selera,
Kerana kelak kita pasti dihitung seadilnya,
Bukan didunia, tetapi di akhirat sana,

Jika kita tahu akan nasib di hari muka,
Masih bisakah kita mengungkap gurindam dan seloka cinta?
Amalan hidup akan dibicara,
Soal seksaan usah ditanya,
Jika gentar, ubahlah diri di tika hiba,
Moga hidayah tiba jua,
Disaat kita masih bernyawa,
Sebelum ajal merenggut jiwa,

1 comment:

  1. Maximus Decimus Meridius27 March 2008 at 16:09

    pedasssssssss.....
    hehe

    ReplyDelete