Sunday, 24 February 2008

Sapphire 2008 House Trip

Hari pertama,

Hmmm, sementara hendak tunggu makan malam ini, sempat juga aku menulis. Mengikut jadual perjalanan, bas kami sepatutnya datang pada pukul 9.30am, dan kami sudah awal-awal lagi menunggu di pondok pengawal. Selepas kesekian lamanya menunggu, akhirnya bas Topaz, Diamond dan Garnet tiba. Tidaklah aku pasti barang sekiranya aku menulis mengikut susunan.

Lama la juga sebelum bas itu bertolak, lantak la budak-budak house lain nak kutuk bas kami. Yang penting, bas tu okay sahaja, laju juga abang driver tu bawa. Kemudian, sampailah di Bidor. Di situ, kami membeli sedikit cenderahati untuk aktiviti menukar hadiah pada malam nanti. Hmmm, mesti gembira bukan kepalang mak cik kedai itu. Satu bas turun dan menyerbu kedainya, aku pun pergi membeli sunglasses, jenamanya Chanel. Akan tetapi harganya cuma RM 5, Chanel made in Thailand mungkin? Ingatkan nak bagi hadiah sunglasses sahaja, tapi kemudiannya ternampak satu patung harimau yang comel, murah harganya cuma RM 3.90. Jadi aku belinya untuk dibuat hadiah.

Dalam sejam, dua selepas itu, kami pun sampai di Lumut. Di sana, kami berhenti untuk makan dan terserempak sekali dengan budak-budak Topaz. Sekali dengan Mr Principal dan teman wanitanya. Sempat lagi kami mengutuk mereka, hahaaha.

Selepas itu, kami pun pergi la resort destinasi kami. Namanya Marina Cove Resort, pergh nama tak boleh belah; tiru Sentosa Cove ke wei? Padahal kalau nak dikira, pantai dekat resort itu buruk gila, cantik lagi pantai dekat belakang rumah aku. Tetapi resort itu sendiri okay lah. Kami duduk dekat apartment lapan orang, apartment aku Jimah, Mabloo, Serap, Ikhwan, Fadhli Afiq, Apen dan seorang lagi junior, lupa pula apa namanya.

Seusai tiba pada pukul dua lebih, kami solat jamak dan main-main air dekat kolam di ground floor. Dengan selambanya semua pakai boxer sahaja, sudah la bising gila, mesti semua pengunjung resort lain bengang tahap gaban dekat kami semua, hahaaha. Dalam jam empat, kami naik bas dan bertolak ke pantai awam berdekatan. Seperti yang aku cakap tadi, pantai dekat resort tadi tak best langsung, penuh dengan lumpur sahaja. Dalam bas tu, kami duduk bising kenakan Phua dengan Aina, Rodhi dengan Husna pun kena sekali, hahaaha kesian mereka. Tengah duduk bertempik sakan itu, dalam sedar tak sedar dah sampai pantai tu. Petang tu, kami main bola sekejap; group aku first game dah kalah, hahaaha.

Sedar tak sedar, dah pukul tujuh dan terpaksa la menapak balik ke bas dengan baju basah lenjun tahap maksima. Sesiapa yang basah kena la duduk meringkuk di atas lantai. Sampai di resort, selepas mandi dan solat, kami pergi makan malam di bistro bersebelahan dengan resort tersebut. Makanannya okay la, Chinese food. Tapi alih-alih takde menu lain, kalau Chinese food mesti ayam masak lemon, udang goreng berempah dan sayur campur tauhu. Boring betul, kalau dekat Garden Seafood di Tanjung Malim semasa jamuan silat pun menu itu juga. Nasib baik la sedap, cuma aku tak boleh makan ikan masak tiga rasa; macam hanyir semacam.

Habis makan, ada lagi program bagi hadiah. Aku dapat hadiah bintang glow in the dark (bapak bosan). Udah la letak dalam plastik kuning sahaja, mesti lelaki yang beli hadiah tu, pemalas gila. Kemudian ada bermain game Charade, apa la punya bosan permainan. Setiap meja dikira satu kumpulan, selepas itu kena cuba terangkan apakah benda yang tertulis pada kertas dengan menggunakan gaya badan. Lama gila, soalan dah la senang gila, akhirnya dua group mendapat markat yang sama.

Selepas itu, kami naik ke apartment sekejap. Jimah dan Eddy hendak ambil diorang punya joran, nak pergi mengail la konon-kononnya. Sambil diorang duduk prepare, aku dan yang lain-lain sempat main poker & liar. Lama dah tak bermain poker, tapi banyak kali juga aku yang menang. Turun kebawah, kami pun menyusur jalan raya untuk pergi ke pantai jauh sikit daripada resort tu. Jalan punya jalan, sampai la dekat satu simpang ni, kami masuk dengan harapan menggunung. Walaupun aku ni nak menyibuk sahaja, bukan suka memancing pun, masuk jalan itu sampai dekat hujung jalan, kami pelik sebab yang dijumpai bukanlah air laut, tetapi lumpur. Air surut rupanya, hahaaha putus harapan Jimah dan Eddy.

Alang-alang dah sampai di situ, kami ingat nak la lepak barang sekejap. Eddy pun membawa keluar bunga api, kami pasang dan keluar la dalam 15 kali bunga api. Lepas itu, berjalan balik ke resort. Balik tu, kami terjumpa Topan dan rakan-rakannya duduk borak di bawah, kami pun join sekali. Dah la ada makanan, kemudiannya balik dan tidur. Disebabkan apartment itu cuma ada 6 katil, aku pun terpaksa la tidur atas lantai sahaja dengan digulung selimut tebal. Sejuk wooo.



No comments:

Post a Comment