Saturday, 1 March 2008

KYUEM Bangang!!!!

Bengang betul la aku kat kolej ni, Asyik cuti, cuti, cuti dan cuti lagi..Minggu depan ada lagi cuti 3 minggu..Lepas cuti ada plak trial...

masa sekolah dulu kat Kuantan, aku ingat lagi betapa aku menanti-nantikan cuti sekolah untuk pulang ke kampung halaman,

Namun kini semuanya berbeda.
Kini aku lebih senang berada disisi rakan sebaya,
mungkin inilah yang dikatakan transisi psikologiku yang berlaku dari semasa ke semasa.
Kini aku hampir menginjak usia 19 tahun, sudah benar-benar kepingin mengecapi kehidupan sebagai seorang dewasa namun mindaku masih tersisa di sini, di alam remaja.
Alam remaja penuh dengan keseronokan, penuh dengan godaan, penuh dengan cubaan.
setiap daripadanya pasti mematangkan kita semua, namun melaluinya boleh menjadi perit di satu ketika malahan menjerat jerih yang begitu memenatkan disaat yang lain.
Tetapi inilah kehidupan, kehidupan seorang manusia.
Lahir,Kanak-kanak, remaja, dewasa dan meninggal dunia, satu kitaran hidup yang pasti namun monolog jiwa pasti mengundang duka kiranya kita terbelit lidah , tersilap ketika.
Langkah kita menentukan segalanya, namun fikiran jua yang mengundang bicara, mengolah hati membentuk perwatakan.
Tiada apa yang bisa dilakukan untuk mengubah apa yang telah berlalu nian lamanya, tapi hari ini adalah penentu siapa kita dikemudian harinya.

3 minggu, bagaimana harus kepenuhi masa yang begitu lama itu. belajar keseorangan, tiada teman-teman disisi. Bukankan best kalau kolej ni memberi pilihan kepada senior untuk berada disini.

Terlalu banyak godaan di rumah. Hiburan yang melalaikan, namakan sahaja. Disaat hari berganti hari, aku tidak yakin jika aku mampu mendapatkan keputusan yang diperlukan. 3A. Economics dan Further Maths. Adakah aku mampu?

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menggunakan 100% potensi yang aku ada. Ini tanggungjawab aku kepada diriku sendiri, ibu bapaku, penajaku, negaraku dan kepada Tuhan.

Nazri!!! GO FOR IT!!! aja aja fighting!!

No comments:

Post a Comment